fbpx

Efek ‘air kencing’ pada jean harga RM300

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seluar jean itu dicelup dengan dua tona warna berbeza yang memberi kesan basah. – Wet Pants Denim

LONDON – Jenama fesyen di London, Wet Pants Denim memperkenalkan rekaan seluar jean unik yang mempunyai kesan basah seperti terkencing pada bahagian kelangkang mereka, lapor akhbar The Sun semalam.

Dijual pada harga  £50 (RM293), seluar jean itu dicelup dengan dua tona warna berbeza yang memberi kesan basah. 

Menurut jenama tersebut, rekaan itu dikeluarkan bagi memberikan rasa selesa kepada pemakai dan akan menjadi satu trend yang kekal di pasaran.

“Dengan memakai seluar jean ini, artis, selebriti media sosial dan sesiapa sahaja boleh bergaya biarpun seluar mereka mempunyai kesan basah seperti terkencing.

“Kami mengetengahkan gaya tersebut agar pemakainya berasa yakin memakai seluar yang kononnya basah terutama di bahagian kelangkang mereka,” kata Wet Pants Denim pada laman webnya.

Seluar jean tersebut direka mengikut tempahan individu serta warnanya dicelup menggunakan tangan bagi memastikan setiap helai rekaan itu adalah berbeza. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI