fbpx

11 barangan disenarai dalam SHMMP Pesta Kaamatan, Gawai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander mengumumkan pelaksanaan SHMMP Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2021 secara maya di Facebook Live KPDNHEP hari ini.

PUTRAJAYA – Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2021 akan dikuatkuasakan selama tujuh hari dengan 11 jenis barangan dikenal pasti harga silingnya bagi setiap satu skim berkenaan.

Bagi SHMMP Pesta Kaamatan, ia bermula 27 Mei ini hingga 2 Jun depan iaitu tiga hari sebelum perayaan, pada hari perayaan dan tiga hari selepas hari perayaan manakala tarikh kuat SHMMP Hari Gawai ialah 28 Mei hingga 3 Jun iaitu empat hari sebelum perayaan, pada hari perayaan dan dua hari selepas hari perayaan.

Kategori barangan harga terkawal bagi kedua-dua skim itu terdiri daripada ayam, telur ayam dan babi kecuali SHMMP Pesta Kaamatan yang menyenaraikan daging sebagai salah satu kategorinya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, senarai barangan yang sama untuk kedua-dua skim itu ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super dan kepak ayam.

“Turut disenaraikan dalam kedua-dua skim ini ialah telur ayam gred A, telur ayam gred B, telur ayam gred C, babi hidup dengan harga maksimum di peringkat ladang sahaja, daging babi (perut) serta daging babi (daging dan lemak),” katanya dalam sidang akhbar secara maya di Facebook KPDNHEP hari ini.

Beliau berkata, barangan lain yang disenaraikan ialah daging kerbau import (India) di bawah SHMMP Hari Kaamatan dan ayam tua hidup di bawah SHMMP Hari Gawai.

Katanya, pelaksanaan skim harga bagi dua perayaan itu adalah sebagai langkah untuk memastikan harga barangan keperluan berpatutan sepanjang sambutan perayaan.

Tambahnya, kementerian akan membuat pemeriksaan dan pemantauan di premis yang berkaitan di Labuan, Sabah dan Sarawak bagi memastikan peniaga patuh ke atas SHMMP itu.

“Tindakan denda akan diambil jika kesalahan dikesan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011,” katanya.

Pesta Kaamatan 2021 akan disambut penduduk pada 31 Mei ini manakala Hari Gawai pula disambut pada 1 Jun depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI