fbpx

[VIDEO] Seorang maut kereta dipanah petir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lima buah kereta yang terbakar selepas kejadian petir di Simpang Empat, Kampung Sireh dekat Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Seorang maut dalam kejadian sebuah kereta dipanah petir di Simpang Empat, Kampung Sireh di sini hari ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, kejadian itu dipercayai berpunca daripada sebuah kereta yang berada di kawasan itu dipanah petir.

Katanya, selain itu, lima buah kenderaan turut terlibat dalam kejadian tersebut.

“Siasatan mendapati, sebuah kereta terputus dua dipercayai dipanah petir dan seorang mangsa telah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Terdahulu, tular di media sosial video dan gamba yang memaparkan kejadian lima buah kereta terbakar di kawasan Simpang Empat, Kampung Sireh di sini.

Insiden itu menunjukkan keadaan kereta yang sedang terbakar, namun tiada kelihatan mangsa terlibat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI