fbpx

Persatuan pengilang tak setuju SOP PKP 1.0 diulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PKP 1.0 menggariskan SOP lebih ketat, dengan kebanyakan sektor ekonomi ditutup. - Gambar hiasan

PETALING JAYA – Persatuan Pengilang & Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia (PPIPBM), yang mewakili hampir 5,000 ahli terdiri daripada syarikat dan perusahaan kecil dan sederhana termasuk perniagaan mikro tidak bersetuju dengan cadangan pihak tertentu supaya kerajaan menutup sepenuhnya sektor ekonomi seperti pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.

Presiden PPIPBM, Datuk Azman Yusoff berkata, ahli-ahli mereka telah menanggung kerugian sejak pandemik melanda tahun lalu dan kini sedang bangkit perlahan-lahan bermula awal tahun ini dengan meneruskan perniagaan serta mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Warga pengilang masih perlu membayar pinjaman, sewa premis dan gaji pekerja.

“Pergerakan ekonomi rakyat, yang merupakan para pekerja dalam sektor ini penting ketika tempoh pandemik dan cadangan berkenaan memberi kegusaran kepada mereka; bagaimana untuk meneruskan kehidupan menanggung keluarga sekiranya dibuang kerja, jika ahli-ahli kami tidak lagi mampu menanggung kerugian?

“Selain itu, kesempitan pendapatan akan turut membawa kesan kepada keharmonian dan kesihatan mental keluarga pekerja,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Azman, pihaknya berpandangan langkah lockdown buat masa ini, sebaliknya kerajaan perlu fokus kepada usaha pempercepatkan pembekalan dan pengedaran vaksin, selain menguatkuasa pematuhan SOP oleh masyarakat di semua peringkat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI