fbpx
Saudia akan mengendalikan sejumlah 153 penerbangan berjadual setiap minggu dari Riyadh dan 178 penerbangan dari Jeddah.- Saudi Gazette

Saudia sambung semula penerbangan antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH, ARAB SAUDI –  Syarikat penerbangan Arab Saudi, Saudi Arabian Airlines atau Saudia menyambung semula penerbangan ke 43 lapangan terbang antarabangsa yang melibatkan 30 destinasi, lapor akhbar Saudi Gazette semalam.

Syarikat penerbangan nasional Arab Saudi itu turut mengesahkan bahawa pihaknya akan mengendalikan sejumlah 153 penerbangan berjadual setiap minggu dari Riyadh dan 178 penerbangan dari Jeddah.

Penerbangan antarabangsa pertama yang berlepas dari negara itu adalah dari Riyadh ke Hyderabad di  India dan dari Jeddah ke ibu kota Bangladesh, Dhaka.

Manakala penerbangan antarabangsa pertama yang masuk ke Arab Saudi adalah dari Kaherah dan dari Jakarta.

Sementara itu, Saudia turut mengesahkan kesediaan untuk mengendalikan penerbangan ke 71 lapangan terbang di mana 28 daripadanya adalah penerbangan domestik dan 43 adalah destinasi antarabangsa.

Penyambungan semula operasi penerbangan Saudia dilaksanakan selepas Kementerian Dalam Negeri menarik balik larangan perjalanan ke luar negara dalam kalangan rakyat Arab Saudi. – AGENSI