fbpx

MPI tangguh Malam Wartawan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Malaysian Press Institute (MPI) menangguhkan Malam Wartawan Malaysia 2021 (MWM 2021) yang dijadualkan berlangsung pada 18 Jun depan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang diumumkan kerajaan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Chamil Wariya bagaimanapun berkata, tarikh baru MWM 2021 akan diadakan pada 20 Ogos, tertakluk kepada kebenaran kerajaan.

“Dengan berat hati, saya ingin memaklumkan bahawa MWM 2021 terpaksa ditangguhkan kerana saya menjangkakan PKP 3.0 yang akan berakhir pada 6 Jun ini bakal dilanjutkan berikutan kenaikan harian kes Covid-19.

“Ini juga bagi menjamin keselamatan dan kesihatan para tetamu selain akur kepada pengumuman kerajaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, majlis penyerahan sumbangan MWM 2021 yang sepatutnya berlangsung pada 25 Mei ini juga ditangguhkan dan dijangka diadakan pada 8 Julai nanti.

MWM 2021 diadakan bertujuan mengiktiraf karya-karya kewartawanan terbaik pengamal media tempatan sepanjang tahun 2020 menerusi Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI PETRONAS 2020.

Tahun lalu, MPI selaku penganjur mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan dan seramai 300 orang tetamu sahaja dibenarkan hadir ke Majlis Malam Wartawan Malaysia 2020 dengan mematuhi penjarakan fizikal. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI