fbpx

Kerajaan Pusat perlu bayar pampasan kepada Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerajaan pusat perlu bayar pampasan kepada Kedah.

GEORGE TOWN – Pampasan yang diminta oleh Kerajaan Negeri Kedah untuk perlindungan undang-undang dan pemuliharaan Ulu Muda sewajarnya dituntut dari kerajaan Persekutuan.

Ketua Pengawai Eksekutif PBAPP, Datuk Ir. Jaseni Maidinsa berkata, ini kerana kerajaan Pusat yang memperoleh cukai berjumlah RM16.4 bilion pada 2019 dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang harus membayar pampasan itu untuk memastikan keselamatan bekalan air di negeri-negeri Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

“Harap maklum bahawa Ulu Muda berfungsi untuk tiga negeri di NCER dan bukan hanya Pulau Pinang. Melihat kepada fakta ini, kami sangat setuju bahawa Kedah berhak mendapat pampasan untuk melindungi dan memulihara Ulu Muda sebagai Lembangan NCER.

“Oleh itu, Pulau Pinang dan PBAPP menyokong sepenuhnya tindakan Kedah untuk mendapatkan pampasan kerajaan Pusat kerana melindungi dan memulihara Ulu Muda,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Noor dilaporkan menuntut RM50 juta setahun dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana mengabstrak air mentah dari Sungai Muda dan pampasan RM100 juta setahun daripada kerajaan Persekutuan untuk menghentikan pembalakan di Hutan Ulu Muda.

Menurut Jaseni, rasional Kedah memohon pampasan itu adalah berdasarkan kepada fakta mudah iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang adalah tiga negeri berjiran di Malaysia, bukan tiga negara yang berbeza.

“Pada 2019, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang menyumbang sebanyak RM147.8 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dan RM16.4 bilion hasil cukai kepada kerajaan Persekutuan.

“Di bawah Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) 2006 (Akta 654) dan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006 (Akta 655), kerajaan pusat bertanggungjawab kepada perkhidmatan bekalan air di Malaysia,” katanya.

Oleh itu, katanya, tiada alasan atau asas undang-undang bagi Menteri Besar Kedah membezakan Pulau Pinang dengan menuntut pembayaran kerana mengabstrak air mentah dari Sungai Muda.

Dalam pada itu, Jaseni berkata, Kerajaan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini telah mencadangkan kepada kerajaan Persekutuan untuk menubuhkan Lembaga Lembangan Ulu Muda (UMBA) bagi menguruskan Ulu Muda secara profesional dan mampan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI