fbpx

Banjir Melaka: 50 lagi mangsa dipindahkan ke PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 669 mangsa kini ditempatkan di sembilan PPS susulan kejadian banjir yang melanda Melaka sejak awal pagi semalam.

MELAKA – Seramai 50 lagi mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) menjadikan jumlah keseluruhan penduduk yang terjejas seramai 669 orang setakat pukul 4 petang tadi.

Sekretariat Jawatankusa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel Cuthbert John Martin Quadra berkata, pihaknya turut membuka sebuah lagi PPS di daerah Jasin di SK Tehel yang menempatkan seramai 50 mangsa.

“Pembukaan PPS baru ini menjadikan jumlah keseluruhan sembilan PPS yang aktif dengan seramai 669 mangsa ditempatkan di sana. Enam PPS adalah di Melaka Tengah, dua di Jasin dan satu di Alor Gajah,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Hujan lebat yang melanda Melaka awal pagi semalam dan pagi tadi telah menyebabkan banjir kilat di beberapa buah kawasan.

Antara kawasan yang terjejas teruk adalah Sungai Putat, Taman Bukit Beruang Utama, Taman Bukit Beruang Bestari, Taman Rambai Jaya, Taman Rambai Utama dan Taman Rambai Indah

Mengulas lanjut, beliau berkata, Melaka Tengah mencatatkan jumlah mangsa tertinggi melibatkan 487 orang daripada 103 buah keluarga.

Ia disusuli daerah Jasin dengan 133 mangsa dan kemudian Alor Gajah seramai 49 orang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI