fbpx

‘Selamatkan Palestin!’ – Paris Hilton zahir sokongan menentang Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Paris Hilton

BIARPUN salah seorang ahli keluarganya berkahwin dengan keluarga elit Yahudi, Rothschild, pelakon yang juga sosialit berpengaruh dunia, Paris Hilton tetap menzahirkan sokongan terhadap rakyat Palestin.

Pemilik nama lengkap, Paris Whitney Hilton itu menerusi Twitter berkata, serangan tidak berperikemanusian oleh Israel terhadap negara Palestin perlu dihentikan.

Status dimuat baik Paris Hilton

Bagaimanapun, berdasarkan tinjauan Kosmo! Online, ciapan yang dimuat naik wanita berusia 40 tahun itu telahpun dipadam oleh pewaris kekayaan jaringan hotel Hilton berkenaan.

“Ini sangat menyayat hati. Ini perlu dihentikan. Selamatkan Palestin! Hentikan génosid ini,” ciap Paris berserta tanda pagar #GazaUnderAttack.

Dalam satu ciapan berasingan, pelantun lagu Stars Are Blind itu melahirkan kekecewaan apabila ramai mangsa terkorban disebabkan kezaliman Isreal adalah golongan kanak-kanak.

“Ini melukakan hati saya. Tiada sesiapa perlu hidup dalam ketakutan. Rasa simpati saya kepada kanak-kanak itu dan kanak-kanak lain disekelilingnya,” ciapnya memberi respons terhadap satu ciapan seorang kanak-kanak 10 tahun kehilangan rumah dan orang tersayang disebabkan kerakusan Zionis.

Untuk rekod, adik Paris, Nikki atau nama lengkapnya, Nicholai Olivia Hilton berkahwin dengan salah seorang keturunan elit Yahudi, James Rothschild.

Rothschild merupakan keturunan berpengaruh Yahudi yang meyakinkan negara Britain untuk mewujudkan negara Israel. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI