fbpx

Covid-19 : Masjid Kampung Butut diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Notis penutupan Masjid Kampung Butut, Kuala Berang bermula hari ini.

HULU TERENGGANU – Masjid Kampung Butut, Kuala Berang di sini diarah tutup selama tiga hari bermula hari ini selepas dua ahli kariahnya yang juga pasangan suami isteri disahkan positif Covid-19.

Pengerusi Masjid Kampung Butut, Dr Mohd. Ala-uddin Othman berkata, arahan dikeluarkan Jabatan Kesihatan Terengganu tersebut bagi membolehkan proses sanitasi dilakukan di masjid terbabit.

“Pasangan suami isteri itu disahkan positif Covid-19 pada hari ini. Sebenarnya mereka telah menjalani kuarantin kendiri di rumah setelah dimaklumkan salah seorang anak sah dijangkiti virus tersebut baru-baru ini.

“Sehubungan itu, saya harap kita tidak saling menuding jari menyalahkan mana-mana pihak kerana tiada siapa mahu dia dijangkiti,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Jelas beliau, setakat ini, seramai 30 penduduk kampung telah tampil untuk menjalani saringan berkenaan pada hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI