fbpx

Kompleks Pekan Rabu tutup tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kompleks Pekan Rabu Alor Setar menjadi lambang kemegahan peniaga Melayu di Kedah. GAMBAR : SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Kompleks Pekan Rabu di sini ditutup selama tiga hari bermula hari ini susulan penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan peniaga.

Koperasi Pekan Rabu Alor Setar Berhad (KPRASB) dalam satu kenyataan di sini memaklumkan, penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dilakukan bagi mencegah penularan.

Proses sanitasi yang dijalankan

“Kompleks Pekan Rabu akan ditutup sementara selama tiga hari bermula 16 Mei sehingga 18 Mei untuk membolehkan kepada kerja-kerja sanitasi bangunan keseluruhannya dilakukan dengan berkesan. Proses sanitasi dilakukan semalam oleh syarikat swasta.

“Pihak Pengurusan KPRASB mengambil berat tentang penularan jangkitan ini. Sejak pandemik, selepas Hari Raya atau apa-apa perayaan, kompleks akan disanitasi,” katanya di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI