fbpx

Masjid Negeri di Seremban tutup seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masjid Negeri di Seremban diarah tutup selama seminggu sehingga 21 Mei depan selepas terdapat pelanggaran SOP dalam kalangan jemaahnya

SEREMBAN: Masjid Negeri di sini diarahkan tutup selama seminggu bermula hari ini sehingga 21 Mei depan.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dalam kenyataan menerusi akaun Facebook memaklumkan, penutupan berkenaan dilakukan berikutan terdapat pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

Pelanggaran SOP tersebut seperti jemaah tidak memakai pelitup muka, tidak membawa sejadah dan berdegil apabila disuruh pulang kerana bilangan jemaah melebihi 50 orang.

“Jemaah diingatkan agar mematuhi segala SOP yang ditetapkan oleh pihak JHEAINS dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Masjid Negeri akan dibuka semula pada 21 Mei pada waktu solat Asar,” kata kenyataan itu lagi.

Sebelum ini, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun memberi amaran kepada semua masjid dan surau di negeri ini yang tidak mematuhi SOP bakal berdepan dengan tindakan ditutup selama tujuh hari. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI