BAITULMAQDIS – Jumlah kematian akibat pertempuran zionis Israel dan rakyat Palestin di Pinggir Gaza meningkat kepada 67 orang termasuk 17 kanak-kanak dalam serangan paling dahsyat sejak 2014, lapor akhbar The Sun, semalam.
Kumpulan Hamas yang menguasai Gaza mengesahkan pagi semalam telah melancarkan 130 roket ke arah Tel Aviv awal pagi semalam selepas serangan udara Israel memusnahkan bangunan kediaman di Gaza.
Enam rakyat Israel termasuk dua kanak-kanak turut terbunuh dalam serangan itu, pegawai perubatan mengesahkan.
Perdana Menteri, Israel Benjamin Netanyahu mengingatkan Hamas bahawa mereka akan membayar harga yang tinggi untuk pertempuran mereka ketika negara itu meningkatkan serangannya di Pinggir Gaza.
Hamas melancarkan serangan balas malam kelmarin setelah blok kediaman 13 tingkat di Semenanjung Gaza runtuh semalam berikutan serangan udara Israel.
Bangunan itu menempatkan pejabat yang digunakan oleh kepemimpinan politik penguasa Islam Gaza, Hamas.
Peningkatan kekerasan ini adalah berikutan keputusan polis Israel menyerbu pekarangan masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis.
Keganasan meletus sejak seminggu lalu dengan ramai rakyat Palestin yang terkena peluru getah, bom tangan dan gas pemedih mata. – Agensi






