fbpx

Tidak puas hati hasil jualan dadah, punca bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD FAKHRUDIN (depan) menunjukkan senjata tajam yang digunakan suspek untuk menikam mangsa pada sidang akhbar di IPD Petaling Jaya semalam.

PETALING JAYA – Akibat tidak berpuas hati berkenaan hasil jualan dadah dan masalah hutang kira-kira RM20,000, seorang pelajar sebuah institusi pendidikan tinggi (IPT) maut ditikam bertubi-tubi sebelum mayatnya dicampak dari balkoni di tingkat 26 sebuah kondominium di ­Damansara Perdana, Khamis lalu.

Mangsa berusia 24 tahun itu disyaki ditolak suspek sebaya sebelum mayatnya ditemui dalam keadaan terbaring di tingkat dua bangunan bersebelahan yang sedang dalam proses pembinaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, motif pembunuhan dipercayai akibat tidak berpuas hati berkenaan hasil jualan dadah dan masalah hutang kira-­kira RM20,000 antara mereka.

Terdahulu beliau berkata, polis menerima panggilan ber­kenaan kejadian itu daripada seorang lelaki tempatan pada pukul 1.17 tengah hari.

“Hasil siasatan kita menemui mangsa di tingkat dua kawasan pembinaan yang belum siap bersebelahan dengan bangunan kediaman tersebut dalam keadaan cedera di badan disyaki dibunuh.

“Bertindak atas maklumat dan hasil risikan, sepasukan polis daripada Unit Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pe­taling Jaya telah memberkas seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun di kawasan tempat letak kenderaan, Bandar Sunway, Su­bang Jaya pada pukul 4.25 petang, Ahad lalu,” katanya pada sidang akhbar di IPD Peta­ling Jaya, di sini semalam.

Menurutnya, pemeriksaan terhadap suspek mendapati dia mengalami kecederaan di kedua-dua belah tangan dan menerima kira-kira 100 jahitan dipercayai akibat bergelut de­ngan mangsa.

“Polis turut merampas beberapa barangan daripada suspek, antaranya telefon bimbit, serangkai kunci rumah dan kereta,­ sijil cuti sakit dan kad temu janji daripada pusat perubatan swasta atas namanya.

“Hasil siasatan lanjut telah membawa kepada penemuan pakaian milik suspek yang berlumuran darah di kediamannya, di Taman Sri Kuching, Kuala ­Lumpur,” ujarnya.

Tambah beliau, hasil bedah siasat mendapati terdapat beberapa kesan tikaman pada badan mangsa sehingga menyebabkan berlaku pendarahan yang banyak.

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis ganja dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” ujarnya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI