fbpx

Rugi RM18,350 ditipu bomoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang pemilik kedai kosmetik mengalami kerugian kira-kira RM18,350 selepas ditipu ‘ejen bomoh’ yang mahu membantunya melembutkan hati seorang individu untuk membayar hutang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian bermula 16 April lalu apabila mangsa didatangi kenalannya dikenali Aini yang bertanyakan masalah mangsa sebelum mangsa menceritakan masalah hutangnya yang tidak dijelaskan.

“Setelah mendengar cerita daripada mangsa, suspek tawarkan diri menolong mencari ustaz yang dapat lembutkan hati Hamzah (penghutang) supaya membayar semula wang mangsa.

“Namun suspek memberitahu mangsa urusan tersebut perlu dibuat bayaran kepada ustaz dan mangsa membuat bayaran kepada suspek secara tunai sebanyak RM1,500 untuk dibayar kepada ustaz,” katanya di sini hari ini.

Katanya, selepas itu suspek sering datang ke kedai mangsa membawa makanan dan mangsa mengikut apa sahaja permintaan suspek termasuk menyerahkan barang kemas
dan duit kepadanya secara ansuran dengan jumlah keseluruhan RM18,350.

Tambahnya, suspek menyatakan mangsa akan menerima semula wang tersebut serta barang kemas selepas selesai upacara perubatan dan suspek beritahu wang mangsa ada bersama ustaz.

“Pengadu sudah berasa tidak sedap hati dan meminta semua barang dan wang yang telah diberikan dipulangkan semula dan suspek mula mengugut pengadu dengan menghantar gambar santau melalui WhatsApp kepada pengadu.

“Selepas daripada itu suspek sering mengugut pengadu dengan menyatakan boleh membuat santau kepada orang dengan menghantar gambar santau kepada mangsa,” katanya.

Ujarnya, mangsa yang berasa ditipu dan bimbang akan keselamatannya kemudian membuat laporan di Balai Polis Kuantan semalam dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, beliau berkata polis berjaya menahan suspek yang merupakan seorang wanita berasal dari Sarawak dan seorang lelaki Pakistan semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI