fbpx

Kluster Telipot tercetus di premis perniagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Salah satu daripada dua kluster baharu yang dicatatkan di Kelantan hari ini iaitu Kluster Telipot tercetus di premis perniagaan di sekitar kawasan tersebut.

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) dalam satu kenyataan berkata, kes indeks bagi kluster itu dilaporkan berlaku daripada seorang lelaki berusia 30 tahun yang positif Covid-19 pada 4 Mei lalu hasil saringan individu bergejala.

Katanya, kes dalam kluster itu dikesan mula bergejala pada 30 April lalu.

“Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti premis perniagaan yang berlaku penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Telipot, Kota Bharu.

“Sehingga hari ini, seramai 188 individu telah disaring dengan 46 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster itu,” kata kenyataan tersebut.

Katanya, Kluster Telipot itu melibatkan daerah Kota Bharu, Tumpat, Tanah Merah, Machang, Bachok dan Pasir Puteh.

Sementara itu, menurut kenyataan itu, satu lagi kluster baharu dilaporkan di Kelantan hari ini adalah Kluster Kampung Tok Sangkut di Pasir Mas dengan kes indeks bermula daripada seorang wanita berusia 47 tahun yang positif Covid-19 hari ini.

“Kes mula bergejala dalam kluster ini dikesan pada 5 Mei lalu dan seramai 43 individu telah disaring dengan 10 kes dikesan positif Covid-19,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI