fbpx

USM tangguh majlis konvokesyen ke-58

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kampus induk USM di George Town.

GEORGE TOWN – Universiti Sains Malaysia (USM) menangguhkan Upacara Konvokesyen Ke-58 yang dijadualkan pada 8 hingga 16 Jun depan ekoran situasi terkini Covid-19.

Naib Canselor USM, Prof. Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira kesemua faktor risiko dan penilaian menyeluruh meliputi keselamatan dan kesejahteraan graduan khususnya, warga universiti serta masyarakat amnya.

Katanya, keputusan itu juga diambil setelah mendapat perkenan Tuanku Canselor USM, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.

“USM memandang serius peningkatan mendadak kes baharu Covid-19 dalam negara kebelakangan ini serta mengambil maklum mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara berkuatkuasa 12 Mei hingga 7 Jun.

“Universiti memutuskan untuk menangguhkan Upacara Konvokesyen Ke-58 USM sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak apabila keadaan mengizinkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, para graduan diminta melayari laman web rasmi www.convo.usm.my dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini berhubung dengan Upacara Konvokesyen Ke-58 USM. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI