fbpx

KAPB tawar saham baharu bernilai RM2 bilion untuk dilanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Koperasi Amanah Pelaburan Bhd. (KAPB) menawarkan saham baharu bernilai RM2 bilion untuk dilanggan warganegara Malaysia, baik anggota sedia ada KAPB mahupun anggota baharu.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Ilyas Mohamed berkata, ahli koperasi itu bakal menikmati pulangan sekurang-kurangnya sebanyak lapan peratus setahun berdasarkan risiko terlaras ke atas petunjuk pelaburan dan kajian impak berdasarkan rekod pulangan pelaburan koperasi yang tinggi selama ini.

“Sebahagian daripada dana terkumpul tersebut akan digunakan untuk membiayai pembelian 51 peratus pegangan ekuiti pemilikan The Exchange 106, bangunan tertinggi di Asia Tenggara dengan anggaran nilai pasaran semasa mencecah RM7 bilion.

“Manakala sebahagian lagi akan digunakan untuk membia­yai projek pembinaan sebuah universiti perubatan yang bertunjangkan teknologi canggih dari Amerika Syarikat serta sebuah hospital berkapasiti 400 katil di tanah seluas 57 hektar di Serdang,” katanya dalam kenya­taan yang dikeluarkan di sini semalam.

Pada mesyuarat agung tahunannya baru-baru ini, KAPB mengumumkan pulangan dividen lapan peratus bagi tahun kewangan 2020.
Ilyas menjelaskan, pembayaran dividen akan dilakukan serta-merta kepada semua pemegang saham.

KAPB yang ditubuhkan pada 2014 melabur dalam perdaga­ngan automotif, pembangunan tenaga boleh diperbaharui dan perkhidmatan kewangan dengan pendekatan pelaburan mengutamakan perkongsian bersama syarikat terkemuka serta komitmen tertinggi terhadap tadbir urus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI