fbpx

Tempoh sah lesen pengendali perkhidmatan awam, kenderaan perdagangan dilanjutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ka Siong

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan melanjutkan tempoh sah lesen pengendali kenderaan perkhidmatan awam dan kenderaan perdagangan sekurang-kurangnya tiga hingga lima tahun.

Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, sebelum ini tempoh bagi pembaharuan lesen tersebut adalah dari satu dan dua tahun, mengikut kriteria yang diperlukan.

“Semua pengendali berlesen bagi kenderaan perkhidmatan awam dan kenderaan perdagangan boleh dipertimbangkan untuk mendapatkan kelulusan bagi tempoh sah lesen pengendali sehingga lima tahun sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan.

“Pemohon perlulah mematuhi piawaian keselamatan, mengemukakan laporan audit tahunan terkini, mengekalkan modal berbayar yang telah ditetapkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan mempunyai permit aktif dengan kenderaan,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Ka Siong berkata, sekiranya syarat-syarat di atas tidak dipenuhi, kelulusan bagi tempoh sah laku lesen pengendali hanya akan diberikan untuk tempoh tiga tahun sahaja.

“Berbanding dengan kelulusan sebelum ini di mana tempoh sah laku lesen pengendali hanya diberikan dengan tempoh minimum selama satu tahun sahaja,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI