fbpx

Quartararo perlu jalani pembedahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QUARTARARO gagal meraih kemenangan hatrik selepas diserang masalah kecederaan pada GP Sepanyol baru-baru ini. – AFP

PARIS – Pelumba Perancis, Fabio Quartararo dikatakan terpaksa melakukan pembedahan tangan kanan dalam keadaan segera selepas bergelut dengan kecederaan otot ketika perlumbaan Grand Prix (GP) Sepanyol di Litar Jerez pada Ahad lalu.

Pelumba pasukan Monster Energy Yamaha itu hilang daya tenaga tangan kanan apabila tiba-tiba diserang kecederaan arm pump ketika mendahului perlumbaan di Litar Jerez dan terpaksa menahan sakit menamatkan saingan yang berakhir di tempat ke-13.

Pelumba berbakat Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) itu dikatakan akan menjalani pembedahan hari ini untuk memastikan masalah kecederaan tersebut tidak berulang.

Bagaimanapun, Quartararo, 22, memaklumkan di laman sosialnya bahawa dia mendapat kebenaran untuk beraksi pada perlumbaan seterusnya, GP ­Peran­cis di Litar Le Mans pada 16 Mei ini.

“Saya memimpin saingan dengan kelebihan satu saat di hadapan pelumba Ducati sebelum kecederaan itu datang secara tiba-tiba menyebabkan saya terus hilang tenaga di tangan kanan.

“Saya masih berjuang pada baki enam pusingan terakhir, namun mustahil buat saya mempertahankannya kerana tangan sudah tiada tenaga.

“Saya juga tidak mampu untuk memulas pendikit minyak secara maksimum,” katanya.

Bekas pelumba Petronas SRT itu gagal merealisasikan hasrat merangkul kejuaraan hatrik setelah menjuarai dua perlumbaan MotoGP bulan lepas pada GP Doha dan GP Portugal disebabkan kecederaan tersebut.

Bagaimanapun, Quartararo tetap berada pada landasan tepat apabila menduduki tempat kedua dalam carta keseluruhan selepas empat perlumbaan.

Dia hanya dipisahkan dua mata di belakang pelumba Ducati dari Itali, Francesco ­Bagnaia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI