fbpx

Inovasi bawa ikan peliharaan bersiar-siar guna beg akuarium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
: Beg ‘katsugyo’ dikatakan bukan sahaja boleh digunakan untuk membawa ikan peliharaan, malahan ikan yang ingin dimasak bagi memelihara kesegarannya. – Instagram Katsugyo bag/Oddity Central

TOKYO – Sebuah syarikat di Jepun sedang mencipta sebuah beg akuarium yang boleh menempatkan ikan peliharaan untuk dibawa mengembara ke mana-mana sahaja, lapor laman berita Oddity Central, kelmarin.

Dibangunkan oleh syarikat Ma Corporation, akuarium bergerak itu dikenali sebagai ‘katsugyo’.

Memiliki bentuk seperti tiub panjang, beg akuarium itu mempunyai bahagian lutsinar untuk melihat ikan yang dibawa.

Lebih memudahkan, ‘katsugyo’ turut mempunyai pemegang serta tolok memantau tahap oksigen di dalam air.

Rekaan elegan itu adalah alternatif mesra alam kepada kaedah lama membawa ikan, iaitu menggunakan beg plastik.

Pada masa ini, beg akuarium tersebut masih dalam proses pembangunan manakala Ma Corporation dilaporkan masih menguji peralatan tersebut untuk disesuaikan dengan pelbagai jenis ikan.

Mula dimuat naik di Instagram pada Oktober tahun lepas, inovasi terbaharu itu berkembang dari semasa ke semasa dengan pelbagai fungsi ditambah baik seperti bahagian khas untuk memberi ikan makan.

Berdasarkan komen pengguna, beg katsugyo menerima maklum balas menggalakkan bukan sahaja daripada penduduk Jepun, malah dari negara-negara lain.

Lebih menarik, beg akuarium itu bukan sahaja boleh digunakan untuk membawa ikan peliharaan, malah ikan yang ingin dimasak bagi mengekalkan kesegarannya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN