fbpx
SOO-YOUNG

Fesyen mahal Soo-young

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENYANYI dan juga pelakon Soo-young mencuri perhatian ketika tampil ke acara pembukaan Festival Filem Antarabangsa Jeonju ke-22 baru-baru ini.

Meskipun tampil sederhana dengan hanya mengenakan baju sut labuh paras paha dan mengikat rambutnya, namun perhatian ramai tertumpu kepada sepasang kasut yang dipakainya.

Kasut tumit tinggi berkenaan direka unik seakan-akan but panjang, namun menggunakan stoking jarang ditaburi berlian.

Peminat mendapati, pakaian dikenakan penyanyi kumpulan Girls’ Generation itu merupakan rekaan Jaybaek Couture berharga 2.29 juta won (RM8,374).

Bagaimanapun, harga kasut dipakai Soo-young lebih memeranjatkan peminat kerana didapati berharga 4.92 juta won (RM18,000).

Kasut berkenaan merupakan rekaan pereka terkenal berasal dari Malaysia, Jimmy Choo.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN