fbpx

Harga pakej tunai umrah mungkin naik 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibadah haji akan diteruskan bagi tahun ini dengan syarat khas yang bakal diumumkan kelak. - AFP

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak menolak kemungkinan berlakunya kenaikkan harga pakej menunaikan umrah ekoran syarat tambahan yang dikenakan kerajaan Arab Saudi sebagai langkah keselamatan menghadapi wabak Covid-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, kenaikan itu memang dapat dijangka berikutan situasi pandemik semasa yang mempengaruhi kos-kos seperti sewaan  dan sebagainya.

“Dalam situasi pandemik seperti ini beberapa kos-kos luar jangkaan akan berlaku.

“Hal ini akan diperincikan satu persatu,” katanya pada majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri asnaf di Surau Al-Muttaqin, Presint 5 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd. Sham mengenai pakej menunaikan umrah pasca Covid-19 yang dijangka meningkat sekali ganda berikutan pelbagai syarat tambahan ditetapkan kerajaan Arab Saudi sebagai langkah keselamatan menghadapi wabak itu.

Razali berkata, sebelum pandemik harga pakej biasa ditawarkan pada kadar RM5,800 tetapi pasca Covid-19 harga kini mencecah RM10,800.

Katanya, bayaran itu termasuk dua kali ujian saringan Covid-19, kos bilik daripada empat sebilik kepada dua orang sebilik dan kapasiti pengangkutan dikurangkan separuh serta kos untuk kuarantin tiga hari di Arab Saudi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI