fbpx

Media sosial meresahkan Loca B

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOCA B

Ketika selebriti lain berlumba-lumba menghasilkan kandungan video serta membalas komen netizen dalam media sosial, lain pula halnya dengan Loca B.

Dalam satu hantaran Instagram baru-baru ini, Loca mengakui telah menutup notifikasi media sosial kerana mahukan ketenangan.

“Saya menutup notifikasi sejak dua bulan lalu untuk elak habiskan banyak masa dengan media sosial.

“Media sosial sering buat saya rasa kebimbangan dan kegelisahan. Saya tetap hargai semua mesej yang dihantar,” tulisnya.

Tidak dinafikan, media sosial sememangnya memberi satu impak emosi terhadap penggunanya.

Jika salah percaturan, boleh meroyan kerana tidak tahan dengan komen dan kandungan media sosial.

Semoga apa yang dilakukan Loca itu dapat membahagiakan hidupnya.

DIVA: Letih melihat jumlah kes positif Covid-19 semakin meningkat. Sabar dan semoga petugas barisan hadapan terus kuat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI