fbpx

ADUN Melor meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Dr. Md. Yusnan Yusof meninggal dunia di rumahnya di Ketereh pada pukul 2 pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Difahamkan, Timbalan Pengerusi Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri itu meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.

Jenazah allahyarham dijangka akan disolatkan di madrasah berhampiran rumahnya selepas solat Jumaat hari ini.

Md. Yusnan daripada Pas menang kerusi DUN Melor dengan 7,820 undian dan majoriti undi sebanyak 647 pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu.

Beliau menewaskan calon Barisan Nasional, Azmi Ishak yang mendapat 7,173 undi dan Pakatan Harapan, Abdul Aziz Abdul Kadir memperoleh 2,122 undi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI