fbpx

Tamat kolej dan sekolah tinggi hampir serentak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mike bakal menamatkan kedua-dua pengajiannya pada bulan Mei depan. – Facebook/New York Post

SALISBURY, Carolina Utara  – Seorang kanak-kanak berumur 12 tahun menjadi perhatian ramai kerana berjaya menamatkan pengajian daripada dua buah institusi pendidikan dalam masa selang seminggu, lapor akhbar New York Post semalam.

Lebih membanggakan, kanak-kanak tersebut, Mike Wimmer tamat belajar dengan Purata Nilai Gred (GPA) tertinggi 4.0 bagi kolej dan 5.45 untuk sekolah tinggi.

Dia dijangka tamat belajar di Kolej Komuniti Rowan-Cabarrus pada 21 Mei ini, diikuti Sekolah Tinggi Concord Academy seminggu kemudian.

“Jika satu pintu ditutup, dia akan mencari jalan lain untuk mendapatkan cara bagi mencapai matlamatnya,” ujar ibu Mike, Melissa Wimmer kepada CNN.

Tambahnya, Mike membuat keputusan untuk mendapatkan kursus tambahan di sekolah apabila wabak Covid-19 mula menular pada tahun lepas.

Kini, usaha keras kanak-kanak itu berbaloi apabila dia mendapat kredit yang cemerlang untuk kedua-dua pengajian tersebut.

“Ramai orang menganggap saya telah mensia-siakan zaman kanak-kanak dengan belajar seperti ini.

“Namun, saya beritahu mereka bahawa saya sedang menikmati masa kehidupan saya,” ujarnya yang gemar bermain Lego dan bola keranjang.

Mike kini mempunyai beberapa pilihan untuk masa depannya, iaitu sama ada menerima beberapa tawaran kerja, mengikuti program fellowship atau membangunkan sebuah perniagaan yang dinamakan Reflect Social.

“Matlamat keusahawanan saya adalah untuk membolehkan orang ramai menjalani kehidupan yang lebih baik,” ujarnya. – Agensi  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN