fbpx

134 kompaun dianggar bernilai RM715,000 dikeluarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian pengunjung yang dikenakan kompaun dalam Operasi Khas Pematuhan SOP Covid-19 di premis hiburan Paramount Club awal pagi tadi.

PETALING JAYA – Sebanyak 134 kompaun yang dianggarkan bernilai RM249,500 hingga RM715,000 telah dikeluarkan polis atas kesalahan pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) terhadap pengunjung dan pemilik Pusat Hiburan Paramount Club dekat sini awal pagi tadi.

Serbuan menerusi Operasi Khas Pematuhan SOP Covid-19 itu telah dijalankan oleh 30 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan IPD Sentul.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob berkata, 134 kompaun yang dikeluarkan tersebut membabitkan 79 lelaki dan 55 wanita warga tempatan.

“Menerusi operasi yang bermula pada pukul 9.40 malam tersebut, premis berkenaan didenda RM50,000 manakala pengunjung dikenakan denda antara RM1,500 hingga RM5,000.

“Anggaran nilai kompaun ialah RM249,500 hingga RM715,000. Kesemua kompaun dikeluarkan mengikut Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) 2021,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, operasi berkenaan akan dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan SOP Covid-19 yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dipatuhi terutamanya di pusat hiburan.

“Orang ramai juga dinasihatkan agar sentiasa mematuhi arahan yang telah ditetapkan demi memutuskan rantaian wabak Covid – 19 di negara kita,” jelasnya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI