fbpx

Lima remaja pamer aksi ‘zig-zag’, ‘superman’ ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Keseronokan lima remaja termasuk dua pelajar tingkatan tiga melakukan aksi berbahaya ketika menunggang motosikal tidak bertahan lama apabila mereka ditahan dalam operasi di Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), dekat Ampang di sini awal pagi tadi.

Penunggang motosikal yang berusia 15 hingga 19 tahun itu ditahan oleh pasukan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur menerusi Operasi Samseng Jalanan yang bermula pukul 1 hingga 4.30 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, ketika operasi dijalankan, pihak polis mendapati lima remaja berkenaan menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya.

“Mereka didapati melakukan beberapa aksi seperti zig-zag’ dan ‘Superman’ serta bersaing sesama sendiri dalam keadaan laju.

“Justeru itu, pihak polis menahan kesemua mereka yang terdiri daripada tiga pelajar dan dua remaja masing-masing bekerja sebagai penolong penyelia dan tukang sapu,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, semakan mendapati salah seorang pelajar yang ditahan itu merupakan penuntut di sebuah Kolej Komuniti.

“Manakala dua lagi masih menuntut di tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan kedua-duanya didapati menunggang motosikal tanpa lesen,” ujarnya.

Katanya, kesemua remaja yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI