fbpx

268,800 dos vaksin AstraZeneca selamat sampai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adham (tengah) menyerahkan peruntukan kepada salah sebuah NGO pada Majlis Penyampaian Peruntukan Parlimen Tenggara di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Ahli Parlimen Tenggara, Taman Daiman, Kota Tinggi, Johor di sini hari ini. Foto MASTURAH SURADI

KOTA TINGGI – Sebanyak 268,800 dos vaksin jenis AstraZeneca selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam semalam.

Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, penghantaran pertama vaksin berkenaan yang diperolehi melalui fasiliti COVAX itu selamat tiba pada pukul 8.20 malam.

“Ini merupakan penghantaran pertama melibatkan 268,800 dos melalui pembelian yang kita telah laksanakan pada Disember lepas melalui fasiliti COVAX yang kita beli untuk dapatkan tiga peratus jumlah populasi negara.

“Ini melalui solidariti fund yang kita masuk dalam fasiliti COVAX dan pihak fasiliti COVAX menghantar vaksin ini dari Korea Selatan.

“Kita akan letak (vaksin ini) di gudang kawasan yang telah ditetapkan. Jadi untuk itu kita telah ada calon-calon vaksin dalam negara kita seperti Pfizer- BioNTech vaksin Sinovac,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan peruntukan kepada badan bukan kerajaan (NGO) pada Majlis Penyampaian Peruntukan Parlimen Tenggara di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Ahli Parlimen Tenggara, Taman Daiman, Kota Tinggi, Johor di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai kebimbangan masyarakat terhadap vaksin jenis itu, Dr Adham berkata Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) telah membuat keputusan untuk membeli vaksin itu hanya selepas mendapat kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) .

Katanya, penelitian terhadap semua data-data daripada pengeluar dan juga termasuklah dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa kelebihan menggunakan vaksin tersebut adalah melebihi kemudaratan.

“Pandangan kita ada kebaikan vaksin AstraZeneca bila guna kepada kumpulan-kumpulan tertentu. (Sebab itu) kena banyakan calon vaksin kerana keperluan vaksin ada yang boleh serasi dengan bentuk-bentuk vaksin seperti ini,”katanya lagi.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI