fbpx

Tiga lagi kawasan di Kelantan mula PKP esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Tiga lagi kawasan jajahan dan daerah di Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang, Kelantan akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok berikutan merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 secara mendadak sebanyak 83.9 peratus.

Sebelum ini PKP dilaksanakan di jajahan Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah bermula 16 April hingga 29 April.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ketiga-tiga kawasan tersebut telah bertukar kepada zon merah dengan peningkatan dari 18 kes kepada 112 kes dalam tempoh 14 hari.

“PKP di tiga kawasan seperti yang dinyatakan akan bermula esok hingga 29 April ini hasil penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Pelaksanaan PKP ini untuk memastikan pergerakan penduduk di lokaliti ini dapat dikawal bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid-19 ke kawasan lain,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Beliau berkata, Taman Perumahan di Lahad Datu Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok sehingga 5 Mei ini setelah mencatatkan keseluruhan sebanyak 45 kes iaitu Taman Aman 3 (24 kes), Taman Aman Jaya (10 kes) dan Taman Palm Height (11 kes).

KKM juga melaporkan masih berlaku penularan kes dalam kalangan penghuni taman tersebut dan kebanyakan kes melibatkan jangkitan serumah.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Perumahan Komuniti Bersepadu Pulau Serai, Pekan, Pahang sehingga 29 April 2021.

Tambahnya, PKPD di Perumahan Komuniti Bersepadu Pulau Serai, Pekan, Pahang sehingga 29 April manakala PKPD di Kampung Menuang Baru, Limbang, Sarawak dan Perumahan Komuniti Bersepadu Pulau Serai, Pekan, Pahang ditamatkan mengikut jadual masing-masing pada Sabtu ini dan esok.

“Sehingga kini KKM telah melaksanakan 545 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak tujuh kes positif Covid-19 telah direkodkan.

“KKM melaporkan masih berlaku penularan berterusan dalam kalangan penduduk di kawasan PKPD dan terdapat sebanyak 47 sampel saringan yang sedang menunggu keputusan,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI