fbpx

MPS tutup bazar Ramadan Greenwood

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bazar Ramadan Greendwood diarahkan tutup bermula esok hingga Ahad ini.

PETALING JAYA – Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mengarahkan bazar Ramadan Greendwood, Gombak, ditutup selama empat hari bermula esok hingga 25 April ini kerana gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

MPS dalam satu kenyataan berkata, beberapa kesalahan telah dikenal pasti sebelum arahan penutupan dikeluarkan.

“Antara kesalahannya, tidak mematuhi jarak antara khemah peniaga (satu meter), tiada kawalan masuk dan keluar dipatuhi sepenuhnya seperti tiada nombor giliran buat pengunjung dan tidak memasang sekatan di dalam bazar.

“Selain itu, terdapat juga peniaga-peniaga yang berniaga selain daripada makanan dan minuman bermasak sahaja,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya lagi, MPS telah menetapkan kepada semua penganjur dan pengelola untuk melaksanakan SOP tambahan setelah dibenarkan beroperasi semula.

“Antaranya ialah penggunaan kad nombor giliran kepada pengunjung, mewujudkan laluan sehala di dalam bazar dan tidak membenarkan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dan warga emas 65 tahun ke atas masuk ke bazar ramadan.

“Bagi memastikan SOP ini dipatuhi, MPS akan sentiasa membuat pemantauan di bazar-bazar Ramadan kawasan MPS,” ujarnya.

Tambahnya, penyerahan notis tutup bazar mengikut Seksyen 18 (1)(f), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988(Akta 342) telah diserahkan kepada wakil pengelola JKP Zon 3 di Jabatan Pelesenan pada hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI