fbpx

Kontroversi vaksin tidak jejas kewangan J&J, catat peningkatan pendapatan 7 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penggunaan vaksin Covid-19 J&J dihentikan minggu lepas susulan kebimbangan terhadap laporan yang mendakwa enam wanita termasuk seorang meninggal dunia akibat darah beku. – AFP

TRENTON, NEW JERSEY – Johnson & Johnson (J&J) merekodkan keputusan kewangan suku tahun pertama yang kukuh, dipacu oleh jualan vaksin satu dos Covid-19 meskipun pemberian suntikan tersebut telah dihentikan seketika di Amerika Syarikat (AS) pada masa ini, lapor akhbar New York Post semalam.

Syarikat penjagaan kesihatan gergasi itu turut mencatatkan pendapatan bersih sebanyak AS$6.2 bilion (RM25.5 bilion) iaitu A$2.32 (RM9.60) sesaham bagi suku tahun pertama, yang mana AS$100 juta (RM411.7 juta) adalah datangnya daripada jualan vaksin Covid-19.

Angka itu adalah kenaikan sebanyak 6.9 peratus daripada AS$5.8 bilion (RM23.9 bilion), iaitu AS$2.17 (RM8.90) sesaham yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lepas.

Syarikat yang berpangkalan di New Jersey itu turut merekodkan perolehan bernilai AS$22.32 bilion (RM91.9 bilion), melebihi jangkaan asal iaitu sebanyak AS$21.82 bilion (RM89.82 bilion).

Penggunaan vaksin Covid-19 J&J dihentikan minggu lepas susulan kebimbangan terhadap laporan yang mendakwa enam wanita termasuk seorang meninggal dunia akibat darah beku.

Turut dilaporkan adalah dua lagi kes baharu termasuk melibatkan seorang lelaki sihat yang berumur 25 tahun.

Pengarah Institut Penyakit Alergi dan Berjangkit Kebangsaan AS, Dr. Anthony Fauci meramalkan keputusan berkaitan vaksin J&J akan dikeluarkan pada Jumaat ini dan beliau secara serius meragui bahawa penggunaan vaksin itu akan dihentikan terus.

Keputusan untuk menghentikan sementara vaksin J&J telah mendapat kritikan ramai termasuk daripada bekas Presiden AS, Donald Trump yang menggelar Pentabdiran Makanan dan Dadah sebagai “amat bodoh.”

Bagaimanapun, meskipun berdepan dengan tindakan penghentian sementara vaksin tersebut, cabang perniagaan farmaseutikal J&J telah menjana perolehan bernilai AS$12.19 bilion (RM50.18 bilion), meningkat 9.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN