fbpx

Ibu hidap kanser, Yuri rasa bersalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YURI

SEWAKTU muncul dalam program Eat More terbitan MBN baru-baru ini, penyanyi Yuri berkongsi tentang kesukaran hidupnya apabila mengetahui ibunya menghidap kanser.

Bagaimanapun, penyanyi kumpulan Girls’ Generation itu berkata, tahap kesihatan ibunya kini semakin baik dan kekal bersemangat meneruskan hidup seperti biasa.

Paling menyedihkan dedah Yuri, hanya dia dalam keluarganya yang tidak tahu dari awal tentang penyakit dihidapi ibunya kerana wanita itu bertindak menyembunyikan perihal tersebut daripada pengetahuan sebelum ini.

“Ibu didiagnosis dengan kanser payudara sebelum saya memulakan debut lagi tetapi dia hanya memberitahu saya selepas dia sembuh.

“Selama ini dia menjalani rawatan kemoterapi tetapi saya tidak tahu.

“Ibu bimbang perkara tersebut akan mengganggu kerja saya. Saya sangat marah kerana dia menyimpan luka seorang diri. Saya rasa kecewa,” ujarnya.

Selepas kejadian tersebut, penyanyi itu mengakui berasa bersalah atas apa yang terjadi kepada ibunya.

“Sekarang saya banyak berbual dengannya dan menjadi lebih bertanggungjawab terhadap keluarga,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI