fbpx

Instafamous mohon maaf, padam gambar dengan PU Amin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nadira.

PETALING JAYA- Instafamous Nadira Isaac yang terpalit kontroversi memuat naik gambar seksinya bersama Pencetus Ummah (PU) Amin memohon maaf atas keterlanjuran itu.

Permohonan maaf itu dibuat Nadira sebentar tadi di Instagram miliknya selain memohon orang ramai mendoakan dirinya kembali ke pangkal jalan.

“Saya telah padam hantaran itu sebagai menghormati PU Amin, saya juga memohon maaf kepada semua yang tersinggung terutamanya PU Amin dan orang ramai.

“Saya akan memperbaiki diri saya dari masa ke semasa dan meminta orang ramai mendoakan kami ke pangkal jalan,” katanya.

Berita berkaitan https://www.kosmo.com.my/2021/04/19/ujian-berat-saya-minta-maaf-pu-amin/

Sebelum ini tular di laman media sosial apabila Nadira memuat naik gambar bersama PU Amin dalam keadaan seksi ketika menjemput pendakwah itu ke majlisnya.

Sementara itu, PU Amin menerusi hantaran Facebook miliknya turut meminta wanita itu memadamkan gambar mereka bersama di Instagram. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI