fbpx

Ujian berat, saya minta maaf – PU Amin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FOTO tular (kiri) memaparkan Amin diapit oleh dua wanita seksi dalam sebuah majlis pada malam Sabtu lalu.

PETALING JAYA – “Saya mohon maaf jika foto tersebut satu perkara memalukan dan mengaibkan”.

Itu antara respons pendakwah bebas kelahiran program Pencetus Unmah, PU Amin berhubung gambar panas diapit dua orang wanita berpakaian seksi dalam sebuah majlis di hotel terkemuka di ibu negara pada malam Sabtu lalu.

Foto berkenaan mendapat perhatian ramai kerana kedua-dua wanita tersebut tidak menutup aurat secara sempurna pada bulan Ramadan.

Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim dalam satu kenyatan Facebook memberitahu niatnya hadir ke majlis tersebut adalah untuk menyebarkan dakwah dan menyempurnakan tugasnya secara bersemuka.

“Ini peluang untuk menyampaikan dakwah secara berhadapan. Saya tahu kesan fitnahnya besar tetapi kalau bukan waktu itu, bila lagi hendak tazkirah secara berdepan dengan golongan yang saya lawan sebelum ini.

“Saya mohon maaf jika perbuatan saya mengambil gambar itu satu perkara yang memalukan dan mengaibkan,” katanya dalam hantaran tersebut.

Tambah bekas peserta program Pencetus Ummah 2015 itu, dia tidak menyangka foto berkenaan ditularkan oleh pihak penganjur selepas majlis berakhir.

“Selepas berbuka puasa, saya terus menunaikan solat Maghrib namun, selepas itu saya memang bergegas nak pulang sebab bertugas di masjid berdekatan.

“Penganjur minta nak bergambar. Saya raikan, kerana mahu segera untuk pulang namun, tidak sangka pihak penganjur viralkan foto tersebut tanpa mengetahui tujuannya.

“Akhirnya teruk saya dihentam, difitnah dan dicaci maki pada hari ini. Ramadan baru dalam fasa pertama, namun ujian berat bagi saya,” katanya lagi.

Sementara itu, dia juga tetap melahirkan ucapan terima kasih kepada pihak yang menghina dan menyebarkan fitnah.

“Saya biasa ambil gambar dengan banduan, penagih dadah, mat rempit, pelacur selepas program dakwah cuma kali ini viral dan dikongsikan secara ramai oleh semua pihak.

“Cuma ingatlah, kerana sikap kita yang suka menghina ahli maksiat, itulah punca ahli maksiat makin jauh dengan agama.

“Runding baiklah dengan mereka agar mereka dapat meninggalkan kemungkaran dan menghidupkan cinta pada Allah SWT dan Rasul,” tuturnya.

Dalam pada itu, dia juga telah meminta wanita itu untuk memadam foto tersebut.

“Saya sudah minta dia padamkan foto tersebut sejak semalam tetapi masih tiada sebarang tindakan dilakukannya,” katanya lagi.

Untuk rekod, sekeping gambar yang memaparkan dirinya bersama dua wanita seksi dalam sebuah majlis tersebar meluas setelah

Sehingga kini, meski dihentam teruk, wanita tersebut dilihat masih belum memadam foto kontroversi berkenaan.

Wanita berkenaan juga turut meminta maaf dalam Instagramnya kerana foto tersebut telah mengundang fitnah ramai.

“Maaf atas fitnah. Niat panggil PU untuk meriahkan suasana, tidak sangka pula viral,” tulisnya.foto berkenaan dikongsi oleh salah seorang wanita tersebut di dalam akaun Instagramnya.

Malah, dia pula dilihat bertanya kepada pengikut Instagramnya sama ada foto tersebut teruk atau tidak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI