fbpx
Eric dan isterinya menyambut hari lahir ke-100 bersama-sama - Cliftonville Care Home/SWNS

Pasangan berkahwin 76 tahun sambut hari lahir ke-100

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON- Sepasang suami isteri di Britain yang berkahwin selama 76 tahun menyambut hari lahir ke-100 mereka pada minggu lalu, lapor akhbar Daily Mail.

Eric dan isterinya, Dorothy Dowdy yang kini tinggal di rumah penjagaan warga tua Clifton Ville Care Home di Northampton, England mempunyai tarikh lahir selang sehari.

Mereka menyambut hari lahir bersama-sama dan menerima kad ucapan daripada Ratu Elizabeth II, kek di samping hadiah daripada keluarga dan rakan-rakan.

Eric lahir pada 11 April 1921. Pasangan tersebut berkahwin pada 3 April 1945 dan memiliki tiga orang anak, empat cucu dan seorang cicit.

Kedua-dua mereka tidak pernah berpisah sehinggalah April 2018 apabila Eric berpindah ke rumah kebajikan selepas jatuh sakit.

Lima bulan kemudian, Dorothy juga turut tinggal di rumah kebajikan tersebut kerana tidak tahan berjauhan.

“Saya tidak sanggup berjauhan dengannya dan memandangkan saya juga semakin ‘muda’,” kata Dorothy.

Katanya lagi, petua umur panjang yang diamalkannya termasuk makan makanan yang sihat, makan coklat sekali-sekala dan juga segelas wain Sherry.

Timbalan Pengurus Cliftonville Care Home, Lucie Bagnall berkata, Eric dan Dorothy sudah tinggal di rumah tersebut semenjak 2018 dan mereka teruja dapat menyambut hari lahir ke-100 pasangan itu. -Agensi

 

POPULAR