fbpx

Alvin Chong berpuasa, pesan jangan tinggal solat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALVIN CHONG

PERKONGSIAN video terbaharu yang dimuat naik pelakon berbangsa Cina, Alvin Chong menarik perhatian netizen.

Bukannya apa, sebab Diva pun rasa kagum dan terharu apabila Alvin juga mengambil kesempatan sempena bulan Ramadan ini untuk sama-sama berpuasa dengan umat Islam lain.

Menurut Alvin, dia akan cuba berpuasa dengan bangun waktu pagi untuk bersahur. Paling menarik perhatian apabila Alvin juga mengingatkan orang ramai supaya tidak meninggalkan solat.

Patutlah ramai yang sayang dengan Alvin. Kelmarin baru sahaja dapat pujian daripada pelakon Fasha Sandha apabila wanita itu memuji Alvin sebagai seorang pelakon baharu yang sangat menghormati pelakon senior.

Menjengah ruangan komen, ramai peminat yang kagum dengan budi pekerti Alvin. Sudahlah kacak, baik pula tu. Patutlah ramai peminat kan.

DIVA: HEBOH apabila ramai sangka penyanyi Yuna sedang hamil. Tapi tuan punya badan telah menafikannya. Doakan yang baik-baik untuknya okey.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI