fbpx

19 maut dalam serangan barat Niger

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NIAMEY, Niger-Seramai 19 orang awam terbunuh selepas sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu sebuah perkampungan di barat Niger berdekatan dengan sempadan Mali dalam pertumpahan darah di kawasan bergolak itu.

“Sehingga kini, angka kematian kekal 19 manakala dua lain cedera dalam satu serangan lelaki bermotosikal di kampung Gaigorou,” kata seorang pegawai daerah di Dessa.

Seorang pegawai memberitahu, sekumpulan penyerang yang tidak dikenalpasti pada mulanya menyerang mereka yang menghadiri majlis pengebumian  sebelum pergi ke sebuah kampung dan menembak semua orang yang dilihat.

Tillaberi terletak di zon tiga sempadan tanpa udang-undang di mana garisan sempadan Niger, Mali dan Burkina Faso dan sering menjadi sasaran kumpulan jihad yang berkaitan dengan Kumpulan Militan Daesh (ISIS).

Seramai 13 orang terbunuh bulan lalu apabila sekumpulan lelaki bersenjata menyerang perkampungan Zibane-Koira Zeno, Zibane Koira-Tegui dan Gadabo.

Serangan terhadap orang awam telah meningkat semenjak awal tahun ini apabila lebih 300 orang terbunuh dalam 3 siri serangan di barat Niger.

Sehingga kini, tiada pihak yang bertanggungjawab atas kesemua serangan. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN