fbpx

The Bos Gaurus idam tiga mata berharga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YEE FATT

KETUA jurulatih Perak FC, Chong Yee Fatt menggesa semua pemain menumpukan sepenuh perhatian terhadap aksi getir menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada aksi Liga Super di Stadium Perak, Ipoh malam ini.

Kata Yee Fatt, skuad The Bos Gaurus perlu bekerja keras jika berhasrat untuk mengutip mata berharga apabila bertemu skuad kendalian Aidil Sharin Sahak yang mempunyai momentum cemerlang ketika ini.

“Perak akan bertemu antara pasukan terbaik Liga Super yang mempunyai jentera serangan berbisa serta benteng pertahanan ampuh. Jadi, kami perlu berhati-hati dan mengelak me­lakukan kesilapan seperti dilakukan dalam perlawanan terakhir kami,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Mengulas lanjut, Yee Fatt turut mengesahkan bahawa kapten pasukan, Shahrul Saad masih tidak dapat diturunkan selepas bergelut dengan kecederaan yang dialami sejak awal bulan ini.

“Saya akui bahagian sera­ngan KDA FC antara yang terbaik pada Liga Super, namun saya masih percaya gandingan Shakir Hamzah dan Idris Ahmad yang gantikan tempat Shahrul kerana ini sahaja pilihan yang ada pada masa sekarang.

“Memang tidak dinafikan skuad ini ada masalah dengan konsistensi kerana bukan semua perlawanan kami boleh bariskan pemain terbaik ekoran masalah kecederaan serta penggantu­ngan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI