fbpx

BIMB Holdings terbit 222,222,000 saham baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Lembaga Pengarah BIMB Holdings Bhd. (BIMB Holdings) mengumumkan bahawa langkah penetapan harga berkaitan penempatan sahamnya telah disempurnakan hari ini oleh ejen penempatan bersamanya, BIMB Securities Sdn Bhd dan Maybank Investment  Bank Berhad. 

Sehingga 12 April lalu, BIMB Holdings  akan menerbitkan 222,222,000 saham baharu, mewakili 12 peratus daripada modal  terbitan saham  Kumpulan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd. Muazzam Mohamed berkata,  penempatan ini telah menerima lebihan  langganan daripada kedua-dua pemegang saham sedia ada dan  pelabur baharu.  

Lembaga Pengarah telah menetapkan harga terbitan pada kadar RM3.58 sesaham  penempatan, mewakili diskaun kira-kira 9.4 peratus pada Harga Purata Harian Saham BIMB Holdings  untuk lima hari urus niaga sehingga dan termasuk 12 April  iaitu RM3.9521 sesaham.  

“Kami amat  menghargai kepercayaan yang diberikan oleh pemegang saham dan pelabur BHB  dalam usaha kami untuk melangkah ke masa depan yang lebih cerah bagi sektor  kewangan dan perbankan Islam di negara ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam. 

Hasil kutipan kasar daripada langkah penetapan saham ini adalah berjumlah kira-kira  RM795.6 juta.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI