fbpx

BMS Complex terima anugerah dari Malaysia Book of Records

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – BMS Complex, bilik pameran tiga tingkat milik Jubin BMS Sdn. Bhd. (Jubin BMS) di Tebrau 3, Johor Bahru telah menerima anugerah daripada Malaysia Book of Records bagi ruang pameran jubin dan barang kebersihan terbesar di Malaysia.

Pengarah Urusan Jubin BMS, Ang Kwee Peng berkata, bilik pameran yang telah diperluaskan itu mengabungkan ruang pa­meran sedia ada sehingga 70,000 kaki persegi.

Menurut beliau, melalui kemudahan baharu itu, pelanggan boleh memilih pelbagai jenis jubin, batu, mozek dan kelengkapan kebersihan daripada pelbagai jenama bertaraf dunia, yang dipamerkan menerusi bilik berinovatif yang digabungkan dengan sistem logistik serta gudang yang cekap bagi memenuhi keperluan dan kemudahan pe­langgan.

“Walaupun kebanyakan perniagaan berdepan dengan tempoh yang mencabar ketika ini, Jubin BMS tetap meneruskan misinya sejak 1990 bagi membantu pelanggan kami menjadikan impian sebagai kenyataan.

“Dengan kebanyakan orang meluangkan lebih masa di rumah disebabkan pandemik dan norma baharu, kami percaya pelancaran BMS Complex tepat pada masanya memandangkan pelanggan mencari produk dan perkhidmatan rekaan kediaman yang lebih baik, yang mana ia ditawarkan oleh kami,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Ditubuhkan pada 1990, Jubin BMS yang merupakan peneraju bagi pembekal, peruncit jubin, batu, mozek dan barang kebersihannya di Malaysia.

Syarikat memiliki 13 cawangan di seluruh negara meliputi Johor, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Sarawak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI