fbpx

Kamil Al Amini dinobat juara FIFA 21

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAXNEVIS (kiri) berjaya menewaskan Favlain untuk muncul sebagai juara sulung FIFA 21 pada kejohanan MES edisi pertama tahun ini.

Keputusan tepat guna pasukan Liverpool di pentas final MES 2021

AKSI final FIFA 21 Kejohanan Malaysia Esports Series (MES) 2021 yang berlangsung dalam suasana mendebarkan kelmarin menyaksikan Kamil Al Amini Jamalludin Al Amini dinobatkan selaku juara untuk edisi sulung sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai seba­nyak RM5,000.

Kamil yang lebih mesra dengan gelaran Maxnevis mengakui, keputusan untuk menggunakan pasukan Liverpool di pentas final memberi tuah apabila dia menewaskan Muhd. Faiz Hariry Moha­mad Fodzai atau Favlain dengan keputusan 3-2.

Maxnevis yang mewa­kili pasukan Prodigy Ga­ming berkata, sebelum ini pasukan Paris Saint-Germain (PSG) lebih menjadi pilihannya, namun kelab gergasi Liga Pe­rancis itu tidak sekuat Liverpool.

“Saya rasa tuah menggunakan pasu­kan Liverpool di pentas final memberikan kemena­ngan buat saya pada aksi final kerana kekuatan keseluruhan yang ada pada pasukan itu khususnya di posisi per­tananan.

“Secara jujur, sebelum ini saya lebih selesa menggunakan PSG tetapi pemain mereka dalam FIFA 21 ini tidak sekuat Liverpool dan mungkin itu salah satu faktor saya dapat menang kali ini,” katanya.

Mengulas lanjut, atlet e-Sukan kelahiran Perak itu mengakui sangat berpuas hati dengan pres­tasi sepanjang mengharungi Kejohanan MES yang berlangsung sejak 26 Mac lepas.

“Saya rasa sejak dua minggu lepas, prestasi saya cukup baik dan sangat gembira apabila dapat bergelar juara kerana sasaran awal adalah ke peringkat suku akhir sahaja.

“Kini, saya mahu menjadikan kemenangan ini sebagai pemangkin sema­ngat untuk terus bergiat aktif dalam arena e-Sukan tanah air khususnya bagi permainan FIFA 21,” ­katanya.

Sementara itu, Favlain yang turut menggunakan pasukan Li­verpool di pentas final mengakui sudah melakukan yang terbaik untuk bergelar juara tetapi nasib tidak menyebelahinya.

“Kalah dan menang adat permainan dan bergelar naib juara sudah memberikan petanda positif buat saya. Namun, saya akui tidak bernasib baik di pentas final kerana selepas bangkit daripada ketinggalan 0-2, gol kemenangan yang saya jaringkan telah dibatalkan kerana ofsaid.

“Keputusan itu membuka ruang buat Maxnevis menjaringkan gol kemenangan dan saya terima dengan hati terbuka,” kata Favlain yang mewakili pasukan Orange Esports.

Seramai 16 pemain kompetitif FIFA 21 negara berentap di pentas final kelmarin untuk merebut hadiah wang tunai ke­seluruhan hampir RM20,000 yang ditawarkan oleh penganjur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI