fbpx

Gempa bumi gegar Pulau Jawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JAKARTA – Satu gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter berlaku di luar pantai Pulau Jawa,  Indonesia hari ini, lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat, namun, tiada amaran ombak besar tsunami dikeluarkan.

Gempa itu berlaku pada kedalaman 82 kilometer dan sekitar 45 kilometer ke barat daya bandar Malang di Jawa Timur.

Setakat ini masih belum ada laporan kecederaan atau kematian tetapi  gempa tersebut menggegarkan Malang. Bandar itu didiami oleh beberapa juta penduduk.

“Gempa itu agak kuat dan berlaku untuk tempoh yang lama.

“Semua benda bergoyang,” kata penduduk Malang, Ida Magfiroh kepada agensi berita AFP.

Pada 2018, gempa bumi kuat bermagnitud  7.5  iikuti tsunami  melanda bandar  Palu di Pulau Sulawesi dan menyebabkan lebih 4,300 orang sama ada terkorban atau hilang. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN