fbpx

Noormalawati berjinak-jinak sertai industri perikanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOORMALAWATI menunjukkan salah sebuah bot yang digunakan untuk lawatan pulau-pulau di Langkawi baru-baru ini.

LANGKAWI – Syarikat agensi pelancongan merupakan antara perniagaan paling terkesan selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19 sejak Mac tahun lalu.

Syarikat Ilham Langkawi Holidays Sdn. Bhd. yang beroperasi di Langkawi merupakan antara agensi pelancongan yang terkesan akibat kemerosotan kehadiran pelancong tempatan serta luar negara di pulau peranginan terkenal itu.

Statistik jumlah pelancong yang berkunjung ke Langkawi seperti dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) pada 2020 seramai 1.8 juta orang dan kebanyakannya merupakan pelancong domestik.

Jumlah pelancong tersebut berkurangan berbanding kehadiran pengunjung yang direkodkan pada tahun 2019 iaitu seramai 3.9 juta orang.

Keadaan tersebut menyebabkan pengurus Ilham Langkawi Holidays Sdn. Bhd., Noormalawati Kassim, 46, terpaksa menceburi industri perikanan dengan membeli sebuah bot untuk menangkap ikan berharga kira-kira RM100,000 termasuk pukat dan peralatan lain.

Katanya, dia telah membuat pinjaman daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebanyak RM30,000 pada Disember tahun lalu untuk menampung kos membeli bot tersebut.

“Saya membeli bot nelayan itu untuk membolehkan beberapa pekerja saya sebelum ini dapat bekerja dan mempunyai pendapatan.

“Setiap hari bot tersebut dapat menangkap ikan kira-kira 500 kilogram.

“Malah hasil tangkapan itu saya jual sendiri, selain dijual kepada beberapa peraih tempatan,” katanya ketika ditemui di Jeti Teluk Baru, di sini baru-baru ini.

Noormalawati memberitahu, dia mula menjadi Sahabat AIM dengan membuat pinjaman sebanyak RM2,000 untuk berniaga jagung di pasar malam pada 2004.

Bagaimanapun, pada 2009, dia mula membuka syarikat agensi pelancongan dan membuat pinjaman baharu sebanyak RM50,000 sebagai modal permulaan.

Katanya, industri pelancongan di Langkawi semakin rancak selepas 2010 dan dia membuat beberapa kali pinjaman sehingga jumlah keseluruhan mencecah kira-kira RM500,000.

“Saya membuat bayaran pinjaman AIM dalam jangka masa pendek, iaitu dalam tempoh tiga bulan sahaja bagi setiap pinjaman tersebut,” ujarnya.

Menurut Noormalawati, pada masa ini, syarikatnya sudah mempunyai sebanyak 19 buah bot bagi menawarkan perkhidmatan membawa pelancong melawat lokasi serta pulau-pulau yang menarik di sekitar Langkawi.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan syarikat Ilham Langkawi Holidays Sdn. Bhd. bolehlah menghubungi di talian 017-4066250.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI