fbpx
Anang menyuruh Ashanty hamil lagi supaya dia tidak terus mengenangkan kehilangan Aurel. -Instagram

Anang minta Ashanty hamil lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA –  Pernikahan selebriti  Aurel Hermansyah baru-baru ini membuatkan ibu tirinya, Ashanty sedih kerana anak perempuannya meninggalkan rumah mereka, lapor Suara.com kelmarin.

Menerusi channel YouTube The Hermansyah A6, Ashanty berkata, dia cuba untuk tidak berasa sedih apabila Aurel, 22,  tidak membalas pesanan ringkasnya.

“Saya fikir kalau Aurel tidak membalas pesanan saya, tidak mengapa, saya harus faham kerana dulu saya juga begitu, sakit rasanya,” kata Ashanty.

Tambah Ashanty, dia juga teringat ketika mula-mula berkahwin dengan Anang, 52,  dan kedua-dua ibu dan bapanya juga sering menghubunginya.

“Kita akan teringat apa yang orang tua kita rasa dahulu, dan itu apa yang saya sedang rasa. Mungkin juga kerana saya sudah berumur jadi semakin sensitif,” kata Ashanty.

Melihat Ashanty, 36,  yang sedih, Anang memintanya untuk hamil lagi supaya dia tidak terlalu memikirkan Aurel selepas sibuk menguruskan bayi mereka kelak.

“Anang sempat menyuruh saya ‘buat anak’ lagi supaya saya tidak terus-terusan memikirkan Kak Loly (Aurel).

“Namun saya enggan kerana nanti kalau Kak Loly ada anak, usia anaknya itu tidak jauh beza dengan adiknya. Saya cuma mahu uruskan cucu sahaja kelak,” jelas Ashanty. -Agensi