fbpx

Remaja tipu positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang remaja berani mengambil risiko menipu majikan dengan mengaku dia positif Covid-19 hanya kerana tidak mahu bekerja di sebuah restoran di Skudai di sini semalam.

Bagaimanapun tindakan lelaki berusia 19 tahun itu membawa padah apabila diberkas polis pada hari yang sama susulan laporan dibuat pemilik restoran berkenaan.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, laporan itu dibuat setelah rahsia remaja itu memalsukan laporan keputusan ujian calitan Covid-19 terbongkar.

“Remaja lelaki yang bekerja sebagai pelayan di restoran berkenaan mengirimkan mesej menerusi aplikasi WhatsApp dengan menghantar sekeping gambar surat mendakwa dirinya positif Covid-19.

“Ekoran itu, majikan restoran tersebut telah menutup restorannya dan pergi ke klinik bersama 12 lagi pekerja yang lain untuk membuat ujian calitan sebelum mendapatkan keputusan ujian berkenaan negatif,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Dzulkhairi berkata, susulan menerima keputusan ujian itu, majikan terus mendesak dan melakukan siasatan sebelum mengetahui perkara sebenar.

“Remaja itu mengaku bahawa dia menipu gara-gara merasakan dirinya tidak sesuai bekerja sebagai pelayan di restoran berkenaan.

“Suspek adalah pekerja yang baharu sahaja satu hari diterima bekerja di restoran tersebut iaitu pada 5 April lalu,” ujarnya.

Dzulkhairi turut memberitahu, polis akan mendapatkan perintah tahanan reman ke atas suspek manakala kes disiasat di bawah seksyen 420/468 Kanun Keseksaan atas kesalahan memalsukan laporan pemeriksaan ujian calitan Covid-19.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI