fbpx

Pintas lori sindiket arak seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai PPM Pelabuhan Klang menunjukkan arak seludup yang dirampas mereka.

KLANG – Satu sindiket pengedaran arak seludup berjaya ditumpaskan selepas dipintas Pasukan Polis Marin (PPM) sebelum merampas 6,312 tin minuman keras bernilai RM 104,362 termasuk cukai di Taman Sri Jarom Mas, Jenjarom, Kuala Langat di sini semalam.

Dalam Op Kontraban pukul 8.30 malam itu, bagaimanapun tiada tangkapan dilakukan terhadap ahli sindiket tersebut.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, sepasukan pegawai dan anggota dari unit risikan PPM Pelabuhan Klang telah menerima daripada orang awam terdapat sebuah lori berkapasiti lima tan membawa barangan tidak bercukai dari Pelabuhan Klang ke Jenjarom.

Katanya, pasukan serbuan kemudiannya membuat pintasan di laluan akan dilalui lori tersebut.

“Selepas hampir setengah jam membuat pemantauan didapati lori yang disyaki telah melalui lokasi itu sebelum mengekori dan mengejar lori tersebut sejauh lima kilometer yang masuk ke kawasan perumahan di Taman Seri Jarom Mas, Jenjarom.

“Lori tersebut kemudiannya ditemui di hadapan rumah kosong di taman berkenaan dalam keadaan pintu terbuka dan enjin yang masih hidup ditinggalkan pemandu lori tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan lanjut menemui minuman keras pelbagai jenis yang tidak bercukai berikutan tiada mempunyai pelekat hologram Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Tambah Rosman, antara jenama arak yang dirampas adalah Tiger, Calsberg, Anchor, Skol Super dan Lion Strong yang dipercayai untuk pasaran sekitar Kuala Langat.

“Pasukan serbuan cuba mengesan pemandu lori kira-kira sejam di sekitar taman namun tidak menjumpainya.

“Nilai rampasan keseluruhan termasuk lori tersebut bernilai RM 184,362. Kes disiasat Akta Kastam 1967,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI