fbpx

Mengemis untuk beli arak, dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian gelandangan yang ditahan dalam satu operasi di sekitar Butterworth semalam.

SEBERANG JAYA – Beberapa gelandangan di sekitar bandar Butterworth di sini menggunakan jalan mudah bagi mendapatkan wang membeli alkohol dan dadah apabila memilih untuk mengemis dan menjadi ulat parkir semalam.

Kegiatan itu didedahkan sendiri oleh pengemis terbabit apabila mereka mengaku menggunakan wang diberikan orang ramai untuk beli minuman keras.

Mereka ditahan semasa operasi pihak berkuasa di sekitar bandar itu selama lima jam bermula pukul 9 pagi.

Difahamkan, segelintir mereka turut menggunakan wang yang diberikan oleh orang ramai untuk membeli dadah.

Seorang gelandangan berusia 40-an berkata, dia dan adik­nya memilih menjadi pengemis berdekatan sebuah bank sejak lapan tahun lalu dan memperoleh pendapatan mencecah RM100 sehari melalui aktiviti itu.

“Kami seronok hidup macam ini sebab orang suka bagi wang. Wang ini saya beli minum waktu malam.

“Jadi kami tak perlu ada rumah. Kalau ada rumah orang tak bagi (wang),” katanya kepada pemberita semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, seramai 34 gelandangan termasuk seorang wanita ditahan.

“Ada beberapa gelandangan cuba melarikan diri ketika cuba ditangkap, namun kesemua mereka berjaya ditahan dan dibawa ke Balai Polis Butterworth untuk ujian saringan air kencing.

“Seramai 34 orang gelanda­ngan ditahan dan 19 daripada mereka positif dadah termasuk seorang wanita, selebihnya dituntut oleh ahli keluarga masing-masing,” katanya.

Operasi gelandangan itu bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Majlis Bandaraya Seberang Perai.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI