fbpx
HARITH Farhan (kiri) dan Siti Norafizah akan memulakan saingan masing-masing di kedudukan kesembilan dan ke-11 pada Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix Malaysia di SIC hari ini. – FARIZ RUSADIO

Pink Racing harap keajaiban di Sepang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEMPOH kira-kira 15 jam, itulah masa yang ada buat pasukan Tuneboss-Pink Racing untuk menilai semula prestasi jentera pasukannya menjelang perlumbaan Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2021 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) petang ini.

Meskipun turun sebagai pendatang baharu dalam kancah perlumbaan Cub Prix, namun pasukan kendalian Nur Atikah Azwar meletakkan se­penuh kepercayaan kepada barisan mekaniknya untuk me­nyiapkan jentera sebelum sai­ngan bermula.

Sedar akan kekurangan yang mereka ada, namun Atikah mengakui ia bukan halangan buat barisan pelumbanya untuk menyahut cabaran pada perlumbaan sebenar nanti.

“Sudah pasti saingan sema­kin mencabar dan kita lihat pada keseluruhan sesi latihan serta kelayakan terdapat ba­nyak benda kita perlu perbaiki. Pasukan akan berjaga sepanjang malam ini untuk memastikan jentera dalam keadaan terbaik.

“Perubahan telah kita lakukan terutama jentera pelumba wanita kita iaitu Siti Norafizah Mohamad. Pada sesi sebentar tadi, kita ada kekurangan sikit kerana kita tidak menggunakan sistem penyejuk enjin pada jentera.

“Meskipun situasi tersebut tidak terjejas tetapi pasukan akan melihat semula data-data yang kita peroleh sama ada untuk melakukan perubahan pada malam ini atau pun tidak,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Dalam pada itu, Atikah turut mengakui semangat serta komitmen yang tinggi dalam kalangan pelumbanya menjadi aset penting buat pasukannya untuk melakukan kejutan esok.

“Kami telah mengharungi cabaran pusingan 1 dengan langkah positif dan untuk mengekalkan prestasi itu bukan mudah. Tetapi saya percaya semangat pelumba ketika ini dahagakan kemenangan dan kita akan berusaha sebaik mungkin untuk memberikan mereka jentera yang lebih sempurna,” katanya.

Pada sesi kelayakan CP125 semalam, Harith Farhan Baharin dan Siti Norafizah Mohamad masing-masing mengakhiri kedudukan kesembilan dan tempat ke-11.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN