fbpx

Mira tidak suka lelaki kuat cemburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIRA kini aktif sebagai pengacara program dan model sambilan.

Gadis bernama Nor Syamira Izzati Mohd. Nazir, 24, atau lebih dikenali sebagai Syamira Nazir mempunyai sasaran tersendiri dalam bidang pengacaraan.
Beliau yang kini mengacara dua program di kaca TV mahu dikenali sebagai seorang penga­cara yang bukan sahaja berbakat, tetapi disegani kerana ilmu dan adab.
Pada tahun lalu Mira terpilih menyertai pertandi­ngan Puteri Muslimah Asia 2020 di Jakarta, Indonesia, namun pertandingan itu terpaksa ditunda disebabkan pandemik Covid-19.
Bekas finalis Dewi Remaja 2019 itu turut menyimpan hasrat bergelar pelakon suatu hari nanti selepas terpaksa menolak di­sebabkan kesibukan kerja.
Ikuti temu bual wartawan Kosmo! Ahad bersama Syamira Nazir atau Mira baru-baru ini.

Kosmo! Ahad: Apakah aktiviti pengacaraan yang Mira ceburi ketika ini?
Syamira Nazir: Buat masa ini Mira mengacara program Mahir di Channel DidikTV yang disiarkan setiap hari dan juga program Infiniteen di TV Okey. Kedua-dua program ini berbeza dari segi genre kerana satu merupakan program pendidikan dan satu lagi berkonsepkan remaja.

Apakah perbezaan dalam mengacara program Infiniteen dan Mahir?
Bagi program Mahir saya harus sentiasa peka pada topik atau silibus yang ingin diajar. Setiap hari saya akan ulang kaji subjek sebelum penggambaran supaya saya faham dan tahu apa perlu ditanya kepada guru jemputan. Infiniteen pula bersifat santai kerana bercorak hiburan. Program ini memfokuskan remaja-remaja yang mempunyai skil atau kelebihan yang luar biasa.

Mengapa Mira memilih bidang pengacaraan?
Sejak zaman persekolahan Mira seorang yang suka bercakap di hadapan penonton atau kamera. Mira aktif memasuki pertandingan debat, sajak dan pidato. Minat itu berkembang sehingga ke hari ini.

Apakah cabaran yang dihadapi Mira dalam bidang ini?
Cabaran paling utama perlu menjadi medium terbaik sebagai orang tengah antara penonton dan tetamu di studio. Saya kena pastikan persediaan yang sempurna sebelum memasuki ‘set’. Pengacara bukan sekadar datang kerja dan pulang. Kita perlu sentiasa mempersiapkan diri de­ngan ilmu baharu setiap hari. Selain itu perlu sentiasa bertenaga di hadapan kamera supaya info yang ingin disampaikan dapat memberi impak kepada penonton.

Apakah impian jangka masa panjang Mira dalam bidang pengacaraan?
Sebagai orang baru saya mahu menempa nama secara serius dalam persada pengacaraan. Saya juga mempunyai impian agar setiap program yang saya mengacarakan memberi impak atau kesan dalam hati penonton. Saya tidak mahu jadi seseorang yang sekadar menghiasi kaca TV, tetapi dikenali sebagai seorang pengacara yang berilmu, berbakat, beradab dan di­segani.

Ciri-ciri lelaki idaman Mira untuk dijadikan pasangan hidup?
Lelaki idaman saya ialah seorang pendengar yang baik, ada perancangan masa hadapan, seorang yang tenang, ada sense of humour, boleh memberikan pandangan dan sentiasa percaya dan menenangkan saya dalam apa jua situasi. Yang penting jangan kuat jealous!

Pendapat Mira mengenai tanggungjawab sosial bagi influencer dalam berkongsi kan­dungan di laman sosial?
Pada pendapat saya, itu bergantung pada cara dan niat individu tersebut. Cuma, apa sahaja yang kita tulis dan kongsikan kita perlu fikirkan kesan selepas itu dan biarlah posting itu positif dan tidak merendahkan nilai diri kita sendiri.

Adakah Mira pernah mendapat tawaran lakonan?
Saya pernah mendapat tawaran lakonan sebuah telemovie untuk RTM, namun terpaksa menolak kerana penggambaran kadangkala mengambil masa yang panjang.

Jika ada tawaran lagi, Mira cenderung untuk membinta­ngi filem atau drama genre apa?
Saya teringin untuk membintangi filem atau drama genre tradisional kerana me­nunjukkan realiti kehidupan masyarakat setempat. Saya juga ingin mencuba genre komedi romantik.

Mira pernah me­nyertai Dewi Remaja 2019. Ceritakan serba sedikit pengalaman dan pencapaian dalam pertandingan tersebut?
Mira antara 12 finalis Dewi Remaja 2019. Mira menjadi finalis berhijab pertama beraksi di pentas final. Kemudian Mira terpilih mewa­kili Malaysia bagi pertan­dingan Puteri Muslimah Asia 2020 di Jakarta, Indonesia yang melibatkan penyertaan sembilan buah negara Asia. Namun, kurang 14 hari sebelum terbang ke Jakarta, kami dimaklumkan pertandingan ditunda kerana penularan Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI